CAKE SPAN PERISA STRAWBERRY

Salam semuanya,

Hari ini sekolah anak-anak akan menyambut Hari Guru,
Lambat sikit sambutan kerana mereka menjalankan peperiksaan pertengahan tahun .
Macam besar jer bunyi sekolahkan .
Anak -anak Bersekolah di Pasti Lestari Putra Di Depan rumah jer pun .

Memandangkan ibu dah sarat kandungan dah nak masuk 8 bulan
Tiada lah masak-masak kiranya.
Suami pun cakap tak perlu masak dia akan beli dari luar.
Namun memandangkan pagi ini tiada kuih dah licin habis kuih , maka ibu dengan kuatkan tenaga untuk baking kek span segera yang ceapt dan makesure anak-anak suka .

Majlis Sambutan hari guru ini cikgu mereka buat potluck
Jadi ibunya terasa tak patutu jika tak bawa apa-apa
Makan bongkar otak dan minda
Terhasillah Kek yang mudah dan cepat.

Ini resepi untuk tatapan semua


Tips ringkas : 
  1. Pastikan ada perisa strawberry yer ....Baru sedap 
  2. Dan Ovellete tu jangan lebih bubuhnya takut kek terlalu raput nanti . 






Hadiah pada hari guru ini, 
saya buat mengikut idea Guru Pasti Kajang Utama, 
Kakak saya lah . Saya memang tiada idea pun selain dari pikir nak bagi herbal blend jer sorang satu . 

Untuk guru Kelas Putri Dania Hazwani saya bagi besar sikit ikut kehendak putri sendiri. Hadiah juga dia yang pilih. 

Guru Kelas Putra ini , guru baru, jadi saya rasa biasa jelah sebab saya pun tak kenal dia . Guru kelas lama putra dah pun saya bagi semasa perpisahan malam tu . 

Untuk Guru Mengaji mereka saya sediakan yang lain sedikit. 
Cuma bagi kelainan untuk itu . 

Di harapkan Majlis mereka berjalan baik dan Semua cikgu-cikgu suka. 



Terima Kasih cikgu kerana mengajar dan membentuk anak saya 

Putri Dania Hazwani 
Putra Dani Huzaimi 



Terima Kasih Melawati Blog saya , Dan jangan segan-segan untuk singgah ke FB saya : Hasnurul Huda Dan jika mempunyai segala pendangan boleh di utara kan ke Blog : cahayaputraputri.blogspot.com Terima Kasih dan salam sayang dari saya.

Comments