BAHAGIA DENGAN KELUARGA SHAKLEE

Salam semua pembaca ,

Hari ini seperti biasa saya akan share pengalaman saya atau kepentingan vitamin .
Kadang-kadang saya kongsi kisah keluarga saya.
Namun hari ini lain  saya nak kongsi kosah suka dan duka saya bersama keluarga Shaklee.

Kenapa saya memilih shaklee?
Kenapa harus vitmain shaklee?
Kenapa Harus MLM shaklee?
Banyak soalan yang kawan-kawan saya tanya yang bukan dari keluarga shaklee.

Biar saya bongkarkan satu persatu Rahsia saya kekal dengan shaklee biar pun sudah masuk Tahun ke-2.
Bukan apa biasa jika bisnes saya tak membawa kepada kejayaan saya akan STOP!.
Tapi kali ini sangat lain. Saya masih bersama Shaklee.

Pengakuan dari saya, biarlah saya buka keburukan untuk membetulkan menjadi kebaikaan
Saya tak malu katakan bahawa saya dulunya seorang yang suka melengah-lengahkan waktu solat,
Kadang-kala langsung tidak bersolat atau mengaji dalam masa seminggu .
Saya juga suka bergosip bila jumpa kawan-kawan
Ada kala saya langsung tidak bertanya khabar orang tua di kampung . Ini kerana saya sibuk berkerja.
Ada ketika ibu telepon saya , akan saya jawab saya sedang sibuk dan akan menghubunginya semula.

Saya seorang yang tersangat negatif. Hidup saya dikelilingi orang-orang yang negatif . Jika saya tidak mahu bergopsi mereka pulak datang kepada saya dengan gosip entah apa-apa.
Kadang kala saya terpikir sendiri mengapa mereka bergitu negatif dan saya terjerumus dengan mereka. namun saya telah lali dan terasa biasa sebegitu .

Setelah saya melahirkan anak yang Ke-3, Saya bertemu shaklee. Dengan Orang-orang shaklee.
Saya rasakan selepas kelahiran anak saya yang ke-3 ini kehidupan saya banyak berubah .
Berubah dari hampir 80% kehidupan saya .

Keluarga shaklee saya mengajar saya Erti kehidupan yang sebenar-benarnya. Kehidupan sebenar hidup sebagai seorang Islam yang sejai dan Taat. Saat saya menulis entri ini air mata keinsafan saya berjujuran menitis.

Perkara yang saya perlu tahu dan saya perlu lakukan adalah perkara yang tidak pernah saya buat sepanjang saya hidup selama hampir 30 tahun ini .


Jujur saya katakan Dengan amalan ini sahaja saya telah berubah dari 0 kepada 10 ilmu di dada. 
Saya seorang yang malas dan lengahkan solat. 
Kini saya solat 5 waktu sehari dan paling membahagiakan saya adalah saya akan jaga solat saya dengan soalt diawal waktu .

Saya tidak pernah walau sekali untuk Solat Malam Hari . 
Kini saya sudah pandai dan terjaga sendiri untuk soalt Tahajud di malam hari 

Saya dari dulu memang sudah berdhuha jadi itu perkara biasa bagi saya. 

Saya jarang dan amat berat mulut untuk berzikir. 
Kini mulut saya ringan untuk berzikir 

Saya seorang yang malas membaca
Kini saya suka membaca

Saya dikelilingi orang yang Negatif
Kini dengan Kuasa Allah saya telah keluar dari kelompok Orang-orang negatif ini. Alhamdullilah syukur. 

Saya juga lokek bersedekah . 
Kini tangan saya ringan untuk melakukannya. 

Saya sering membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan hasil 
Kini saya lebih menghargai masa .



Banyak perubahan yang  berlaku pada saya tanpa saya sedari hanya dengan rancangan Allah s.w.t 
Saya kini telah pun melakukan Solat Taubat. Selepas tu kehidupan saya berubah sepenuhnya hampir 85% selepas Taubah yang dilakukan . 

Keajaibaan Solat Taubat ini memberikan perasan lebih menghargai Ciptaan tuhan 
Saya lebih men jaga Aurat dan pergaulan saya 
Saya lebih menjaga Tertib saya dan saya bahagia dengan perubahan itu .  

Biar apa pun yang berlaku. Dengan izin Allah saya mohon untuk terus merapatkan hubungan saya dengan keluarga Shaklee. Saya bahagia dengan kehidupan saya kini. Saya suka. Saya bersyukur. Saya dan suami lebih rapat dan yang paling bermakna untuk saya . Saya lebih menghormati beliau sebagai seorang Suami. 

Namun Ujian yang saya terima selepas Solat Taubat Amat besar. 
Mungkin ini adalah Cara untuk Saya mencuci membersihakan segalal Dosa-Dosa silam saya. 

Saya akan terus bersama Keluarga Shaklee. ...
Alhamdullialh . 

Ini adalah Keluarga Shaklee saya 






Antara Orang yang bertanggungjawab mengubah Kehidupan ku 


Ada Ramai lagi Keluarga Shaklee saya, 
Namun apa kan daya . Tidak jumpa gambar-gambarnya pulak . 

Anda ingin mengubah Kehidupan Anda 
Hubungi saya segera 










Hi Saya Hasnurul Huda . Terima Kasih Melawati Blog saya , Dan jangan segan-segan untuk singgah ke FB saya : Hasnurul Huda Dan jika mempunyai segala pendangan boleh di utara kan ke Blog : cahayaputraputri.blogspot.com Terima Kasih dan salam sayang dari saya.

Comments