Jangan memandang orang dari luarannya.

Hari ini 12 May 2014,
Daku memperlajari perkara baru dan yang sememangnya menusuk ke jantung aku .

Hari ini isnin , Kebetulan Esok pualk Cuti Hari Wesak .
Kemestian Bank akan penuh dengan orang , Daku pergi bank hariin ijam 3 pm.
Biasalah aku memang deposit wang di kaunter sahaja, Tak pernah nak guna mesin pun.

Kerana ramai orang dan memikirkan nak cepat . Terpaksa daku mengira kembali duit yang nak disimpan supaya boleh masuk mesin. Semasa beratur ada seorang pakcik menegurkan .
Pakcik tu berkopiah dan memakai baju yang memang nmpk agak errmm...biasa jer lah
Kalau kita tengok mesti cakap pakcik ni orang biasa , orang kampung, orang susah , orang tak punyai duit, Atau ada orang kata pak iman pun boleh kot.
Tapi wajah dia wajah orang baik-baik dan sejuk jer..

Nak....Nanti minta tolong pakcik masukkan duit yer,
Dengan indah tak endah ....

Baik pakcik. Aku tersentap kerana tak nampak no account yang pakcik tu nak masuk..
Hairan , Hish jangan orang pelik2 sudah

Mengira kembalik wang dan di perhatikan oleh pakcik tu .
Dia berhimpit sedikit dengan ku dan sentiasa duduk di sisi handbeg ku yang terbuka luas...

Hish ,,,mengeluh lagi....
Kenapa pakcik ini yer...Nak apa , Tak kan nak seluk handbeg ku .
Mula rasa tak selesa dan sedikit geram ,

Sesampai giliran ku , Daku meminta duit nak no akaun pada pakcik bekenaan
No Akaun tertera nama anaknya, Katanya anak dia...

Ooo....LUDIN BIN SIDIK, Ker....lebih kurang kot,
Tapi nama ayah dia memang Sidik. Anak nya tu tak pasti.
Dia hulurkan duit ....( Lebih dari 5 Angka )
Berkepok di ikatnya...
Banyaknya untuk orang sebegitu punya duit.

Kerana duit yang banyak mengambil masa yang lama,
Jadi sempat lah daku menyembang sikit-sikit,.

Duit untuk anak di mana ni pakcik.
Dia duduk di mesir , Belajar
Tahun ini tahun akhir...

ooo...
Banyakknya pakcik.

Dia ada 2 beradik dekat sana,
Dia dah dapat PhD....
Adik dia doctor , Dia pulak apa yer pakcik tu cakap lupa saya....

Memang anak-anak dia terpelajar...
Sejuk perut Isteri dia ...

Pakcik tinggal mana ini ,
dia kata dia tinggal Dengkil,

Terus daku terfikir, Jauh jugak nak datang sini.
Bahaya pakcik yang tua tu datang jauh-jauh untuk ke Bank.

Habis jer ,,,Terus pakcik tu minta maaf sebab kena tunggu lama nak uruskan urusan dia.
Bagi ku tak pe lah kalau orang lain pun daku akan tolong jua,
Sama jer ....

Selepas pakcik tu berlalu , Terpikir di benakku ...
Jangan memandang orang dari luaran sahaja.
Jangan melihat orang dari pakaiaan yang di pakainya,
Jangan menilai orang dari cara dan permintaannya.


Semoga pakcik sihat dan selamat dunia Akhirat




Comments